Sabda Nabi SAW
سيل النبي صلى الله عليه وسلم أي الأعمال أفضل , قال الصلاة لأول وقتها (رواه الترمذي)
Ertinya: ” Ditanya Nabi SAW , apakah amalan yang terbaik, maka jawab Nabi : Solat di awal waktu” ( Riwayat At-Tirmidzi dan Abu Daud, Albani : Sohih
Ertinya: ” Ditanya Nabi SAW , apakah amalan yang terbaik, maka jawab Nabi : Solat di awal waktu” ( Riwayat At-Tirmidzi dan Abu Daud, Albani : Sohih
Setiap peralihan waktu solat
sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui
perubahan warna alam.
Fenomena perubahan warna alam adalah
sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.
Waktu Subuh
Sebagai contoh, pada waktu Subuh
alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi
tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi
warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan
penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu
Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan
menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru
muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan
jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga
daripada tidur.
Di sini juga dapat kita cungkil akan
rahsia diperintahkan solat di awal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga
alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.
Tenaga inilah yang akan diserap oleh
tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.
Jadi mereka yang terlewat Subuhnya
sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Waktu Zohor
Warna alam seterusnya berubah ke
warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya
waktu Zohor.
Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.
Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.
Warna
kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.
Jadi mereka yang selalu ketinggalan
atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi
masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria
tak?
Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah
kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu
ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang
merangkumi sistem reproduktif.
Rahsia
warna oren ialah kreativiti.
Orang yang kerap tertinggal Asar
akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni
jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).
Dan jangan lupa, tenaga pada waktu
Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.
Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam
berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh
orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.
Ini kerana spektrum warna pada waktu
ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan
iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.
Mereka yang sedang dalam perjalanan
juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la)
kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh
mengelirukan mata kita.
Rahsia
waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan
tulang.
Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam
berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.
Waktu
Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya
bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka yang kerap ketinggalan
Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.
Alam sekarang berada dalam Kegelapan
dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.
Tidur pada waktu ini dipanggil tidur
delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Qiamullail
Selepas tengah malam, alam mula
bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana
ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan
hipotalamus.
Tubuh sepatutnya bangkit kembali
pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan
waktu solat dengan warna alam.
Manusia kini sememangnya telah sedar
akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah
meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.
Semuanya dicipta untuk menyerap
tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya
bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu
kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.
Hakikat ini seharusnya menginsafkan
kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih
dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat
memerlukan-Nya.
Adalah amat malang sekali bagi
kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin
dalam menghadiri kelas taichinya.
Wallahualam.

No comments:
Post a Comment