Enteri nie sebenarnya idea dari mama,
Mama aku nie sedang sakit gigi
memanjang, tak boleh makan la blahh2x..
Ajak pergi klinik tak mau, jadi aku terfikir untuk mencari alternative lain
bagi menyembuhkan sakit giginya tue dari asyik makan ubat tahan sakit
selalu
kan tak elok jugak.
Post kali nie, khas untuk orang yang sama dengan situasi mama. .
Sudah ada pengalaman dan tahu caranya apa salahnya kite berkongsi..
Jom ikuti !
Pengalaman
sakit gigi memang menyeksakan. walaupun menerima ia sebagai ujian mencuci dosa
dan menaikkan darjat di sisi Allah Taala namun sebagai hamba kita selalu
diminta berusaha mencari ubat dan berserah kepadaNya.
Kisah sakit
gigi pernah menimpa Nabi Allah Musa a.s dan ia menunjukkan ujian Allah kepada
seorang Nabi bertaraf Ulul Azmi dan antara yang cukup dikenali dengan kegagahan
yang tidak terperi hebatnya.
Namun sakit
gigi tetap menimpa baginda.
Ada kisah
seorang hamba Allah yang gedebe tetapi apabila ditimpa sakit gigi rupanya
beliau tidak mampu menahan kesakitan hingga mengalir air mata. Kisah bagaimana
manusia juga ada kelemahan walau sehebat mana pun mereka.
Baca petua
sakit gigi di bawah ini dan selalulah berkumur mencuci gigi dan memberusnya
setiap kali mahu tidur dan selepasnya.
Redha
menerima kesakitan menjadikannya satu kemanisan menjadi hamba Tuhan yang Maha
Penyayang.
Petua ini
dihidangkan kepada anda kebetulan itulah yang sedang dialami mam kini di
saat menjelang Tahun Lepas lagi.
Petua yang
baik ini boleh disebarkan untuk membantu rakan yang mungkin mencari jawapan
untuk mengatasi sakit gigi.
Ada juga
petua kata guna belacan untuk sakit gigi. Petuanya amal dan
menjadi pada beliau baru-baru ini...
Sakit gigi menyeksakan. Berikut terdapat beberapa petua yang boleh diamalkan untuk merawat sakit gigi:
1) Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.
2) Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.
3) Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.
4) Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubanggigi dan tutup dengan kapas.
5) Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.
6) Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.
7) Sapukan getah pokok kemboja pada gigi yang sakit.
